Friday 2 December 2011

Penulisan Refleksi


Refleksi………

Refleksi boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Ianya turut bertujuan untuk menerangkan dapatan yang diperolehi sebagai pengumpulan dan pengingatan semula kejadian dan aktiviti yang lepas, ia adalah pengingatan mengenai kepercayaan sendiri.

Saya berpendapat bahawa refleksi pengajaran merupakan pernyataan yang ditulis oleh seorang guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkahlaku pengajaran yang telah dilakukan. Refleksi cuba mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran.  Hasil daripada itu, akan terbentuklah kefahaman 'baru', kesedaran, keinsafan dan perubahan pesepsi. Refleksi Pengajaran dapat menjadikan seorang guru membuat penilaian kendiri. Seorang guru yang mempunyai pemikiran reflektif juga dapar berfikir secara analitis, kreatif dan kritis dalam menambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih bermakna. Semasa menulis refleksi juga, guru dapat menganalisis perkara penting supaya pelbagai alternatif dapat dilihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Jalan penyelesaian inilah akan digunakan supaya tingkah laku guru dan murid dapat diubah ke arah yang lebih baik.

Penulisan Refleksi
Refleksi merupakan proses pemikiran yang aktif dan dilaksanakan secara sedar untuk membolehkan seseorang menyelesaikan masalah dan memahaminya secara lebih bermakna. Amalan  pemikiran dan penulisan reflektif ini penting bagi menyediakan pelajar menjadi pengamal reflektif demi meningkatkan perkembangan kognitif dalam profesion perguruan. Amalan ini melibatkan pelajar dalam satu kitaran pemikiran dan tindakan berdasarkan pengalamannya kea rah meningkatkan kompetensi diri sebagai seorang pendidik.

Sebagai rumusan , dapat dikatakan bahawa refleksi adalah suatu proses berfikir secara aktif dan penuh sedar dalam membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan diri, meneroka kekuatan dan kelemahan diri serta mencari kebenaran dalam tindakan atau amalan untuk memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam amalan seseorang untuk mendapatkan makna dan kefahaman yang mendalam mengenai amalan itu bagi tujuan menambil tindakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan diri.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
  24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...