Friday 2 December 2011

Makro Pengajaran Tahun 1






Refleksi Pembelajaran Makropengajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, saya dapat merumus bahawa sesi pengajaran keseluruhan dapat mencapai objektif yang dikehendaki.

Kekuatan
Selepas pengajaran makropengajaran, saya mendapati kekuatan yang ada ialah semua murid di dalam kelas saya seronok untuk mengikuti setiap pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM ) banyak mempengaruhi serta menarik minat setiap murid untuk belajar. Di samping itu, murid-murid juga memahami maksud perkataan yang sering diberi penekanan oleh saya misalnyanya perkataan sedikit, sama banyak dan banyak yang diperkenalkan oleh saya dan menjadikan objek-objek konkrit sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam makropengajaran ini juga, saya telah menerapkan kemahiran berfikir. Kemahiran ini adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, penggunaan sumber bahan bantu mengajar ( BBM ) seperti lembaran kerja yang menarik dan sesuai dengan keupayaan murid-murid dapat membantu untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana, terdapat sumber pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan yang memerlukan kemahiran berfikir yang baik.

Kelemahan
Melalui makropengajaran  ini, saya mendapati bahawa teknik penyampaian yang saya laksanakan di dalam kelas masih agak lemah. Selain itu, saya kurang mempelbagaikan teknik penyampaian serta bahan bantu mengajar saya kepada murid. Sebenarnya, murid-murid khasnya murid tahun 1 lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka. Penggunaan peralatan ICT tidak dapat dinafikan kepentingan serta keberkesannya. Tetapi di sekolah saya, penggunaan peralatan ini tidak dapat digunakan kerana ketiadaan bekalan elektrik.
Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang sama ada pada fasa permulaan pengajaran, fasa semasa pengajaran atau fasa selepas pengajaran, saya menghadapi kesuntukkan tempoh masa dan perlu untuk mencari pelbagai idea bagi merangsangkan  pembelajaran yang aktif,  meningkatkan   sikap   percaya  diri  dalam  diri  murid  serta  mewujudkan  situasi pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, kelemahan makropengajaran saya ialah ketika mencari kaedah dan strategi untuk meningkatkan daya kreativiti murid -murid terhadap penggunaan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran saya dalam bilik darjah. Saya mendapati kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah membentuk pengetahuan baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada menjadi lebih baik dari sebelum.

Cara mengatasi
Saya perlu memperbaiki kelemahan terutamanya dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Sebagai contoh, saya perlu memberi arahan yang jelas kepada murid khasnya semasa sesi kerja kumpulan dan semasa murid-murid memulakan latihan pengukuhan. Walaupun saya kurang bersedia dari segi penyampaian, sebenarnya saya masih boleh menyampaikan sesuatu mesej dengan baik sekiranya berpengetahuan lebih luas dalam topik yang hendak dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah.

Sebagai menambah keunikan penyampaian, saya boleh menggunakan alat bantuan visual seperti tayangan video pendek, carta flip dan sebagainya. Variasi suara juga amat penting dan saya perlu memastikan kelajuan suara dan intonasi saya perlahan apabila memperkatakan sesuatu yang agak rumit.

Seseorang guru seperti saya perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran ianya dapat membantu. Tumpuan murid- murid dalam proses pembelajaran juga adalah penting untuk mencapai objektif pelajaran dan guru seperti saya perlu memainkan peranan utama dengan mengadakan komunikasi dua hala untuk memastikan setiap murid di dalam bilik darjah lebih aktif dari segi penglibatan semasa menjalankan setiap aktiviti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...