Monday 5 December 2011

Guru Matematik Tercabar Dan Mencabar ?


Benarkah pelajar-pelajar kita tidak berminat belajar matematik? Adakah guru-guru matematik pula tidak pandai menarik minat pelajar-pelajarnya mempelajari matematik? Atau salahkah dasar pendidikan Malaysia mengubal sukatan pendidikan matematik di negara ini? Persoalan demi persoalan diajukan. Akhirnya terdengarkan seperti nyanyian "Bangau,Oh Bangau"; yang terlibat menuding jari menuduh kesalahan kepada yang lain. Sebagai guru matematik, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ialah bagaimana menggunakan pelbagai kaedah agar pelajar-pelajarnya cepat memahami apa yang diajar, juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam apa juga situasi permasalahan matematik. Apa yang diharapkan juga ialah supaya pelajar terus mengingati apa yang dipelajari itu seberapa kekal yang boleh.
Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selain memenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa menyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Pemilihan alat bantu mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat pelajar yang pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedah yang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar. Pelajar tidak harus terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap matematik. Guru juga yang harus memain peranan agar pelajar melempar jauh perasaan negatif dan fobia mereka terhadap matematik. Soalnya, pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian yang berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang mengharukan juga harus ditangani oleh guru matematik.
Sekolah Bestari memungkinkan guru-guru matematik yang selama ini menjadi sumber maklumat bertukar tugas sebagai filisitator. Guru sebagai pemandu arah kepada pelajar, mereka sendiri yang mencari maklumat sendiri tanpa sempadan. Di sekolah bestari, guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.
Kaedah Pembelajaran Koperatif pula adalah suatu strategi pengajaran yang melibatkan pelajar-pelajar saling bantu membantu diantara satu sama lain dalam kumpulan kecil dengan mempunyai matlamat bersama. Kajian terkini mendapati penggunaan Pembelajaran Koperatif boleh meningkatkan dan mewujudkan pencapaian pelajar, pemikiran kritikal dan kreatif, sikap positif terhadap matapelajaran dan sekolah, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan, keyakinan diri dan saling menghormati. Tugas guru sebagai tenaga pengajar beralih kepada penggalak agar mereka terangsang untuk menyiasat, meneroka dan mencari sendiri maklumat yang dikehendaki terutama dalam matematik.
Menurut Johnson, Johnson, and Smith (1991) pembelajaran koperatif perlu mengandungi 'Positive Interdependence' iaitu setiap ahli bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika mereka gagal memainkan peranan masing-masing, kumpulan itu akan menanggung akibatnya. 'Individual Accountability', iaitu setiap ahli dalam kumpulan adalah bertanggung jawab kepada maklumatnya dan menguasai sepenuhnya bahan-bahan pelajaran berkaitan. 'Face to face promotive interaction', iaitu walaupun setengah kerja dalam kumpulan boleh dibahagi-bahagikan tetapi ada kalanya ia perlukan maklum balas, cabar-mencabar dan galakan secara interaktif dari rakan-rakan lain dalam kumpulan. 'Appropriate use of collaborative skill' iaitu pelajar digalakkan membentuk dan dilatih saling mempercayai, kemahiran kepimpinan, membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran pengurusan konflik. 'Group processing' adalah setiap pasukan membentuk matlamat kumpulan, dari masa ke semasa membuat penilaian tentang pencapaian sebagai satu kumpulan dan mengenalpasti masalah untuk tujuan kebaikan masa datang.
Terdapat beberapa model yang telah direka oleh para pengkaji dalam merealisasikan kaedah Pembelajaran Koperatif bergantung kepada kesesuaian pelajar iaitu diantaranya ialah The Structural Approach (Spencer Kagan), The Learning Together Approach (Johnson & Johnson), STAD, TGT, Jigsaw (Slavin) dan Group Investigation (Sharan & Shacar).
Proses pembelajaran yang berkesan sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya termasuklah faktor motivasi, kepantasan bertindak, suasana sekeliling dan mod serta cara penyampaian bahan pembelajaran tersebut. Boleh dikatakan tiada bukti kukuh yang memperkatakan tentang perbezaan cara pembelajaran antara pelajar yang pintar, sederhana dan yang lembab, kerana proses yang berlaku dalam otak manusia adalah sama. Yang membezakan ketiga-tiga kategori pelajar itu hanyalah dari segi motivasi dan kepantasan bertindak. Proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer banyak menolong dalam hal ini. Perisian kursus yang dibina dengan teliti boleh menolong meransang minda pelajar untuk terus mempamerkan kebolehan-kebolehan golongan ini yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh minda manusia dewasa.

Gabungan antara teknologi komputer dan kepakaran tenaga pengajar akan menghasilkan satu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bermutu. Salah satu ciri-ciri yang baik untuk sebuah PPBK yang bermutu ialah dengan memasukkan unsur teori pembelajaran dalam perisian. Sistem maklumat melalui komputer dapat menarik perhatian pelajar terutama matematik yang merupakan pelajaran yang digeruni. Satu menu yang menarik disediakan secara persembahan bermultimedia. Pelajar diberitahu objektif pelajaran dengan paparan tentang penyataan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar bila menggunakan perisian. Penggunaan komputer dapat merangsang pelajar untuk mengingat semula (recall) isi kandungan yang telah dipelajari tambahan pula pembelajaran dapat dipersembahkan secara menarik dengan beberapa faktor seperti warna, font, grafik dan rekaletak yang boleh menarik perhatian dan meransang pelajar untuk terus menggunakan perisian.
Selain daripada itu perisian PPBK juga menyediakan bimbingan belajar iaitu satu menu khusus untuk membantu pelajar yang bermasalah terutama bahagian asas disamping dapat mengesan kemajuan, menilai dan mentaksir kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari . Perisian seperti Geometer's Sketchpad, Autograph dan juga kalkulator grafik dapat membuka minda pelajar untuk menyiasat serta meneroka sendiri teori-teori dalam pengajaran matematik. Malah dalam penggunaan internet , kita akan dapati pelbagai maklumat mengenai matematik boleh didapati; sejarah matematik, kaedah pengajaran dan permainan-permainan berunsur matematik yang boleh menghiburkan pelajar.
Teori Konstruktivisme membawa pelajar membina realiti sendiri atau sekurang-kurangnya menterjemahkan apa yang dialaminya berdasarkan kepada persepsi pengalaman. Jadi, pengetahuan individu adalah berfungi untuk pengalaman lepas, struktur mental dan kepercayaan ini semua akan digunakan sebagai penerangan kepada benda dan peristiwa yang ditempuhi (Jonasson 1991). Merill (1991) berpendapat bahawa pengetahuan dibina dari pengalaman. Pembelajaran ialah pandangan individu kepada dunia sekeliling. Konsep terhadap sesuatu adalah dibina hasil daripada perkongsian beberapa perspektif dan daripada pembelajaran cara koleboratif. Apa yang ingin disampaikan ialah realiti yang dibina oleh pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Sesungguhnya kaedah pengajaran gaya konsruktivisme dalam pembelajaran matematik banyak mengubah cara pengajar. Daripada menetapkan apa yang perlu dicapai (cara pengajaran tradisional) kepada idea yang lebih terbuka, pelajar terangsang untuk berfikir dan bebas memberi pendapat. Masing-masing ada pengalaman dan berfikir sendiri. Unsur multimedia yang dimasukan bertujuan supaya deria pengguna dirangsangkan sedaya mungkin. Ini sebagai suatu strategi kognitif dan seterusnya teori konstruktivisme dapat dipraktikkan.
Simulasi didefinisikan sebagai suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenarnya tetapi dalam bentuk yang dimudahkan, diringkas atau dikecilkan. Kaedah ini dapat membantu dalam P&P matematik. Kaedah ini selalunya dibina dengan teknologi multimedia untuk mentafsirkan masalah matematik selain dengan penggunaan model. Ini bertujuan untuk mereka mengenali secara tersendiri dengan masalah yang terjadi. Pelajar akan mendapat pengalaman dari cara ini yang besesuaian dengan Teori Konstruktivisme seterusnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Kaedah Projek atau Tugasan matematik pula bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran matematik. Antara objektif utamanya adalah untuk melahirkan pelbagai kaedah penyelesaian selepas satu konsep pembelajaran diberikan. Walaupun ia satu tugas yang agak berat, tetapi kaedah ini dijamin dapat memberikan kepuasan kepada pelajar terutama apabila dapatan dihasilkan dengan jayanya. Kaedah Kerja Luar dalam pembelajaran matematik pula membawa pelajar ke situasi yang berbeza dari bilik darjah, ia dapat merialisasikan masalah situasi sebenar kepada pelajar. Pelajar akan terhibur, tidak merasa bosan dan didedahkan dengan pengalaman yang sebenar.
Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani dengan adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini. Kaedah 'chalk and talk' dan kaedah tradisional memang membebankan guru. Pengunaan teknologi seperti komputer dapat membantu P&P guru dalam bilik darjah. Selain menguasai pengetahuan dan pelbagai kaedah dalam mata pelajaran matematik, guru perlu memahami dan mengamalkan sepenuhnya saranan dan falsafah serta saranan yang terkandung dalam kurikulum pendidikan negara KBSR dan KBSM demi memfokuskan arah tuju guru-guru matematik dalam melaksanakan tugas perguruan. Tanpa pengorbanan guru runtuhlah tamadun suatu bangsa.

Sunday 4 December 2011

Mikro Pengajaran Tahun 6



1.0    Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran Bahasa Melayu Tahun 6

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati semua murid dapat mencapai objektif untuk membina ayat tanya dengan betul. Refleksi ini dapat memberi kesedaran kepada saya tentang masalah pelajar dan kelemahan pelajar dalam penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia. Selain itu, refleksi ini juga dapat memberi banyak pengalaman serta membantu saya mencari cara penambahbaikan. Pembinaan refleksi ini sebenarnya bertujuan untuk membantu saya mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran berdasarkan mikropengajaran saya serta dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kekuatan
Latihan pengukuhan dan pemulihan sentiasa diberikan sepanjang masa untuk membantu murid-murid yang lemah dan latihan pengayaan untuk murid yang cerdas dan telah menguasai isi kandungan pengajaran dalam kelas. Selain itu, saya juga membimbing murid-murid untuk membina ayat tanya dan memperbetulkan sebutan dan intonasi murid ketika membaca petikan ataupun membina ayat tanya.

Di samping itu, saya juga menyelitkan aspek penggunaan tatabahasa yang betul sepanjang sesi perbincangan dan merumuskan petikan yang diberi. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap petikan yang melibatkan aspek tatabahasa memerlukan pemahaman yang baik. Sebagai contoh, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks, murid-murid perlu membina ayat yang melibatkan aspek tatabahasa dengan betul dan memahami penggunaannya di dalam pembinaan ayat tanya.

Kelemahan
Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malah ada guru yang kurang berminat untuk mengajar murid-murid dalam bahagian khasnya aspek tatabahasa. Fenomena yang biasa di dapati dalam kelas ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu,  kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum.

Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, saya perlu lebih kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid-murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid. Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid.

Halangan dan kelemahan lain yang saya kenalpasti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran semasa mikropengajaran ini ialah, saya kekurangan tempoh masa untuk melaksanakan langkah pengembangan bagi membentuk pelajaran yang melibatkan penggunaan komputer dan tidak cukup tempoh masa semasa sesi mikropengajaran ini. Selain itu saya juga kekurangan strategi semasa aktiviti pembelajaran dalam bilik kelas.

Cadangan mengatasi
Teknik pengajaran saya perlu lebih berpusatkan kepada murid-murid dan sebagai guru saya cuma perlu menjadi fasilitator atau pembimbing mereka sahaja. Antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Ini kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut.

Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka.

Saya perlu bijak untuk memilih sumber yang sesuai dan mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah khasnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mikropengajaran. Murid juga perlu dilibatkan secara langsung untuk mengintegrasikan kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran fasilitator dan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran.

Friday 2 December 2011

Makro Pengajaran Tahun 1






Refleksi Pembelajaran Makropengajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, saya dapat merumus bahawa sesi pengajaran keseluruhan dapat mencapai objektif yang dikehendaki.

Kekuatan
Selepas pengajaran makropengajaran, saya mendapati kekuatan yang ada ialah semua murid di dalam kelas saya seronok untuk mengikuti setiap pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM ) banyak mempengaruhi serta menarik minat setiap murid untuk belajar. Di samping itu, murid-murid juga memahami maksud perkataan yang sering diberi penekanan oleh saya misalnyanya perkataan sedikit, sama banyak dan banyak yang diperkenalkan oleh saya dan menjadikan objek-objek konkrit sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam makropengajaran ini juga, saya telah menerapkan kemahiran berfikir. Kemahiran ini adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, penggunaan sumber bahan bantu mengajar ( BBM ) seperti lembaran kerja yang menarik dan sesuai dengan keupayaan murid-murid dapat membantu untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana, terdapat sumber pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan yang memerlukan kemahiran berfikir yang baik.

Kelemahan
Melalui makropengajaran  ini, saya mendapati bahawa teknik penyampaian yang saya laksanakan di dalam kelas masih agak lemah. Selain itu, saya kurang mempelbagaikan teknik penyampaian serta bahan bantu mengajar saya kepada murid. Sebenarnya, murid-murid khasnya murid tahun 1 lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka. Penggunaan peralatan ICT tidak dapat dinafikan kepentingan serta keberkesannya. Tetapi di sekolah saya, penggunaan peralatan ini tidak dapat digunakan kerana ketiadaan bekalan elektrik.
Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang sama ada pada fasa permulaan pengajaran, fasa semasa pengajaran atau fasa selepas pengajaran, saya menghadapi kesuntukkan tempoh masa dan perlu untuk mencari pelbagai idea bagi merangsangkan  pembelajaran yang aktif,  meningkatkan   sikap   percaya  diri  dalam  diri  murid  serta  mewujudkan  situasi pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, kelemahan makropengajaran saya ialah ketika mencari kaedah dan strategi untuk meningkatkan daya kreativiti murid -murid terhadap penggunaan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran saya dalam bilik darjah. Saya mendapati kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah membentuk pengetahuan baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada menjadi lebih baik dari sebelum.

Cara mengatasi
Saya perlu memperbaiki kelemahan terutamanya dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Sebagai contoh, saya perlu memberi arahan yang jelas kepada murid khasnya semasa sesi kerja kumpulan dan semasa murid-murid memulakan latihan pengukuhan. Walaupun saya kurang bersedia dari segi penyampaian, sebenarnya saya masih boleh menyampaikan sesuatu mesej dengan baik sekiranya berpengetahuan lebih luas dalam topik yang hendak dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah.

Sebagai menambah keunikan penyampaian, saya boleh menggunakan alat bantuan visual seperti tayangan video pendek, carta flip dan sebagainya. Variasi suara juga amat penting dan saya perlu memastikan kelajuan suara dan intonasi saya perlahan apabila memperkatakan sesuatu yang agak rumit.

Seseorang guru seperti saya perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran ianya dapat membantu. Tumpuan murid- murid dalam proses pembelajaran juga adalah penting untuk mencapai objektif pelajaran dan guru seperti saya perlu memainkan peranan utama dengan mengadakan komunikasi dua hala untuk memastikan setiap murid di dalam bilik darjah lebih aktif dari segi penglibatan semasa menjalankan setiap aktiviti.

Penulisan Refleksi


Refleksi………

Refleksi boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Ianya turut bertujuan untuk menerangkan dapatan yang diperolehi sebagai pengumpulan dan pengingatan semula kejadian dan aktiviti yang lepas, ia adalah pengingatan mengenai kepercayaan sendiri.

Saya berpendapat bahawa refleksi pengajaran merupakan pernyataan yang ditulis oleh seorang guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkahlaku pengajaran yang telah dilakukan. Refleksi cuba mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran.  Hasil daripada itu, akan terbentuklah kefahaman 'baru', kesedaran, keinsafan dan perubahan pesepsi. Refleksi Pengajaran dapat menjadikan seorang guru membuat penilaian kendiri. Seorang guru yang mempunyai pemikiran reflektif juga dapar berfikir secara analitis, kreatif dan kritis dalam menambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih bermakna. Semasa menulis refleksi juga, guru dapat menganalisis perkara penting supaya pelbagai alternatif dapat dilihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Jalan penyelesaian inilah akan digunakan supaya tingkah laku guru dan murid dapat diubah ke arah yang lebih baik.

Penulisan Refleksi
Refleksi merupakan proses pemikiran yang aktif dan dilaksanakan secara sedar untuk membolehkan seseorang menyelesaikan masalah dan memahaminya secara lebih bermakna. Amalan  pemikiran dan penulisan reflektif ini penting bagi menyediakan pelajar menjadi pengamal reflektif demi meningkatkan perkembangan kognitif dalam profesion perguruan. Amalan ini melibatkan pelajar dalam satu kitaran pemikiran dan tindakan berdasarkan pengalamannya kea rah meningkatkan kompetensi diri sebagai seorang pendidik.

Sebagai rumusan , dapat dikatakan bahawa refleksi adalah suatu proses berfikir secara aktif dan penuh sedar dalam membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan diri, meneroka kekuatan dan kelemahan diri serta mencari kebenaran dalam tindakan atau amalan untuk memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam amalan seseorang untuk mendapatkan makna dan kefahaman yang mendalam mengenai amalan itu bagi tujuan menambil tindakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan diri.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
  24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

Mesyuarat Panitia Matematik

Pengurusan Pengajaran Dalam Kelas

Pentadbiran Saringan LINUS

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 40

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 39

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 38

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 37

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 36

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 35

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 34

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 33

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 32

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 31

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 30

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 29

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 28

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 27

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 26

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 25

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 24

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 23

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 22

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 21

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 20

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 19

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 18

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 17

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 16

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 15

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 14

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 13

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 12

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 11

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 10

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 9

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 8

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 7

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 5 & 6

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 4

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 3

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 2

Rancangan Pelajaran Harian Minggu 1

Rancangan Tahunan Matematik Sekolah Rendah [SK]

Rancangan Pelajaran Tahunan Matematik Sekolah Rendah [Sekolah Kebangsaan]

Tahun 1 




Tahun 2 





Tahun 3 





Tahun 4 






Tahun 5 






Tahun 6 


Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah

Modul KSSR Tahun 1 Matematik [Bahasa Malaysia]



HSP Tahun 1



HSP Tahun 2



HSP Tahun 3



HSP Tahun 4



HSP Tahun 5



HSP Tahun 6

Matematik dalam pendidikan

Kurikulum Matematik membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah ( KPM,1990; Nik Azis, 992 ). Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi:
  • kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa;
  • kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari;
  • kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;
  • kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.
Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran Matematik. Aspek-aspek itu adalah:
  • keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran;
  • penggunaan matematik dalam situasi sebenar;
  • kemahiran penyelesaian masalah;
  • penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan
  • pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian.

Sejarah Perkembangan Kurikulum Malaysia

Sejarah Perkembangan Kurikulum Malaysia

Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.  Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama SekolahRendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Denganitu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajahInggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan jugakurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum BaruSekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduandalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuatmenyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yang diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...