Monday 28 November 2011

Tranformasi Kurikulum Malaysia

Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk membangunkan pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti sebagai memastikan murid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran sekolah dalam pemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan mereka dan di masa yang sama mempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu, satu proses perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahan keperluan semasa.Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantasimplikasi arus globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan initidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang relevan dan efisien, untuk menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini jugadiharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu,penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...