Monday 28 November 2011

Pelaksanaan Dasar PPSMI & KSSR

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) telah diperkenalkan dan delaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 2011 untuk murid tahun 1. Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.  Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

1.      Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
2.      Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
3.      Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
4.      Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
5.      Jati diri dan semangat patriotisme
6.      Memahami dan menghayati budaya nasional

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...